Posts

Showing posts from January, 2021

MENCINTAI SESUATU YANG BUKAN DARI KIRIMAN TUHAN

"KAU  memilih sesuatu yang tidak sejajar dengan apa yang kau perlu patuhi iaitu syarat hati yang menetapkan jalan itu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang suci. Kebenaran yang asalnya bukan datang daripada hati yang tetap akan sentiasa berkecamuk hancur kembali kepada asal-usulnya." Tiga bulan lebih berlalu masih tiada khabar berita, tidak menjawab langsung persoalan yang dipersoalkan. Dia pergi meninggalkan aku dengan kesepian yang dihadiri dengan tangisan yang tiada henti. Aku hilang rasa itu yang hadir cuma rasa kecewa, jika rasa ini yang mampu kembalikan jiwa raga aku yang hilang beberapa tahun yang lalu maka aku terima dengan keikhlasan dan serta akur kepergiannya adalah satu hikmah buat diriku. Banyak yang aku pelajari, aku titip kembali satu persatu naskah yang pernah menjadi pendoman dalam hidup aku yang sudah lama aku tinggalkan kerana alpa dan terlalu mengejar duniawi. Ini bukan kali pertama pekara seperti ini terjadi dalam kehidupan aku  sebelum ini aku pernah...