MENCINTAI SESUATU YANG BUKAN DARI KIRIMAN TUHAN
"KAU memilih sesuatu yang tidak sejajar dengan apa yang kau perlu patuhi iaitu syarat hati yang menetapkan jalan itu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang suci. Kebenaran yang asalnya bukan datang daripada hati yang tetap akan sentiasa berkecamuk hancur kembali kepada asal-usulnya."
Tiga bulan lebih berlalu masih tiada khabar berita, tidak menjawab langsung persoalan yang dipersoalkan. Dia pergi meninggalkan aku dengan kesepian yang dihadiri dengan tangisan yang tiada henti. Aku hilang rasa itu yang hadir cuma rasa kecewa, jika rasa ini yang mampu kembalikan jiwa raga aku yang hilang beberapa tahun yang lalu maka aku terima dengan keikhlasan dan serta akur kepergiannya adalah satu hikmah buat diriku.
Banyak yang aku pelajari, aku titip kembali satu persatu naskah yang pernah menjadi pendoman dalam hidup aku yang sudah lama aku tinggalkan kerana alpa dan terlalu mengejar duniawi. Ini bukan kali pertama pekara seperti ini terjadi dalam kehidupan aku sebelum ini aku pernah kehilangan orang yang aku sayang yang menjadi pendorong semangat tapi Dia maha mengetahui segala-galanya dan aku harus akur atas apa jua yang terjadi, cabaran yang besar bagi mereka yang pernah lalui.
Sama sahaja tiada beza atau kata lain boleh mengubah persepsi aku tentang masyarakat yang memilih pangkat serta darjat itu tidak pernah wujud dalam dunia ini rupa-rupanya pandangannya sama sahaja seperti manusia-manusia yang lain yang memilih bukan pada hati yang suci tapi kemewahan yang ada didunia ini. Banyak yang aku pelajari dan ia menjadikan cerminan untuk diri aku yang dikata melakukan syariat tapi pada hakikatnya dia juga masih rapuh dan tidak tahu jalan apa yang sepatutnya dia pilih.
Mencintai sesuatu yang asal nya bukan dari kehendak hati yang suci itu tidak akan pernah tetap ia akan sentiasa goyah,tiada keikhlasan mahupun kefahaman yang sama ia akan sentiasa celaru dan kesedihan sepanjang jalan ada kata-kata yang ku kutip saat aku membaca iaitu " Cinta itu bukan Kesedihan, Cinta itu saat kau rasa Gembira dengan apa yang kau punya hari ini".
Kata-kata itu buat aku sedar bahawa yang punya Cinta Hakiki itu adalah kepunyaan Tuhan sekalian alam dan bagi kita yang menyintai pasangan atau pun orang yang kita sayang itu adalah Cinta yang sementara yang bakal hilang bila dia berkehendak untuk memberi dan mengambil semula bila dia kehendaki dan Dia memberi kita untuk merasai nikmat daripada Dia.
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayangi-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya)." [Surah al-A’raf, ayat 201]
Wirtten by,
Cinta Lestari
Comments
Post a Comment